Text Size
Vinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.xVinaora Nivo Slider 3.x

PIAGAM PELANGGAN

  1. Kami dengan izin Allah S.W.T akan sedia membantu dalam penjelasan dan kemusykilan mengenai hukum dan fatwa yang diajukan dari masa ke semasa.

  2. Kami juga dengan izin Allah S.W.T akan menjawab sebarang pertanyaan dan kemusykilan secara bersemuka, melalui telefon, surat, fax dan yang berkaitan.

  3. Prosedur pejabat kami dalam menjawab sebarang pertanyaan dan kemusykilan hukum dan fatwa adalah seperti berikut:

    i) Secara Besemuka / Telefon.
       Jawapan akan diberikan secara terus kepada mereka yang terbabit dan sekiranya sesuatu hukum dan fatwa itu memerlukan rujukan,  
       Insya Allah pejabat kami akan memberikan jawapan selepas membuat kajian secara terperinci mengenai perkara tersebut.

    ii) Melalui Surat / Faksimili.
       Jawapan akan diberikan kepada pihak berkenaan secepat mungkin samada melalui surat ataupun melalui telefon, faksimili atau yang
       mana bersesuaian.

  4. Kami dengan izin Allah S.W.T juga akan menerima, membantu dan melayani semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan mereka dalam perkara yang berkaitan dengan hukum dan fatwa.

  5. Kami dengan izin Allah S.W.T juga akan memproses pewartaan fatwa (membukukan) dan menyebarkan untuk kegunaan umum.

 

VISI

Beriltizam Menjadi Institusi
Mufti Yang Berwibawa Dalam
Memartabatkan Syariat Islam

 

MISI

Memperkasa Kecemerlangan
Pengurusan Institusi Mufti
Secara Cekap Dan Berkesan

OBJEKTIF

Menjadikan Pejabat Mufti Negeri Sabah satu institusi yang berwibawa dan dihormati oleh semua serta mampu memikul peranan dan tanggungjawabnya dengan berkesan.

Mengeluarkan fatwa yang benar-benar lengkap, kemas dan sistematik berlandaskan sumber-sumber hukum Islam.

Menjadi tempat rujukan yang utama dan terpenting bagi sebarang masalah agama termasuk isu-isu semasa.

Menjadi tempat penyelidikan dan pengembangan dan penyebaran ilmu Islam.

Latar Belakang
 
BINGKISAN SEJARAH 
PEJABAT MUFTI NEGERI SABAH
Pada peringkat awal Pejabat Mufti Negeri Sabah hanya dikenali sebagai Bahagian Mufti iaitu salah satu bahagian yang diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Ugama Islam Sabah. Perjalanan Bahagian ini tertakluk kepada Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah Tahun 1977.  Maka Mufti yang dilantik bertanggungjawab kepada Majlis Ugama Islam Negeri Sabah.
 
Dengan pelaksanaan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992, Mufti yang dilantik di bawah Enakmen ini menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 33 (2) Enakmen No.13 Tahun 1992 dan seksyen 33 (1) bagi pelantikan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah.
 
Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 September, 1996 telah bersetuju dan meluluskan pewujudan Pejabat Mufti Negeri Sabah berkuatkuasa mulai 01 Ogos 1996. Berkuatkuasa daripada tahun itu, Pejabat Mufti Negeri Sabah telah dipisahkan daripada pentadbiran Majlis Ugama Islam Sabah dan diletakkan di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dengan dianggotai oleh 6 orang kakitangan sahaja daripada 10 jawatan yang diluluskan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
 
Seiring dengan perkembangan semasa dan tugasan yang lebih mencabar di Jabatan Mufti seluruh Malayisa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menyusun semula struktur Jabatan Mufti di seluruh Malaysia seperti berikut :
 
1. Mufti sebagai Ketua Jabatan 
2. Timbalan Mufti sebagai Timbalan Ketua Jabatan 
3. Satu bahagian Istinbath / Syariah 
4. Satu Bahagian Falak Syari'e
5. Satu bahagian Pentadbiran Am
 
Sehingga kini, Pejabat Mufti Negeri Sabah telah dianggotai oleh 18 orang kakitangan. Perjalanan Pejabat Mufti Negeri Sabah berasaskan kepada Enakmen Fatwa Negeri Sabah yang telah dikuatkuasakan pada tahun 2004 Miladiah.

Subcategories

Kalendar Aktiviti

loader

Acara Akan Datang

No events found

e-Solat

Pautan Pilihan

 

logo JKM

 logojheains