Sila maklum bahawa Pejabat Mufti Negeri Sabah telah berpindah ke bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah mulai 1 Disember 2017 ( Jumaat). Alamat penuh Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan Ketua Menteri yang baharu adalah seperti berikut:

Pejabat Mufti Negeri Sabah
Tingkat 21, Blok A
Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Sulaman, Teluk Likas
88400 KOTA KINABALU
SABAH, MALAYSIA

TELEFON : 088-369335
FAKS : 088-263679

Semua urusan surat menyurat hendaklah dihantar ke alamat di atas.

Sekian, terima kasih.


MAJLIS PELANCARAN RU'YAH HILAL RASMI (RAMADHAN, SYAWAL DAN ZULHIJJAH) TAHUN 1438H / 2017M

Pelancaran Ru'yah Hilal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah, seterusnya Majlis Melihat Hilal Ramadhan 1438H / 2017M

Tarikh : 26/5/2017
Tempat : Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah


MUZAKARAH MAJLIS FATWA NEGERI SABAH BIL 2/2017

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil 2/2017

Tarikh : 23 - 24/5 /2017
Tempat : TH Hotel & Resident Kota Kinabalu

test

Program Bicara Fatwa 2019 anjuran Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Kudat dan Pejabat Daerah Kudat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat di sekitar Sikuati, Kudat. Program tersebut yang telah diadakan pada 02 Ogos 2019M bersamaan 01 Zulhijjah 1440H bertempat Masjid Ubudiah Sikuati Daerah Kudat dengan membawa tema “Qurban Antara Tuntutan Ibadah dan Adat” bersesuaian dengan ketibaan bulan Zulhijjah. Para penduduk kampung telah membanjiri Masjid Ubudiah dari awal lagi yang mana dianggarkan lebih 200 orang telah mengambil manfaat daripada program ini.

Objektif utama program kali ini dianjurkan adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat Islam setempat mengenai hukum dan fatwa khususnya berkaitan dengan Ibadah Qurban yang bakal menjelang tiba. Selain itu, program ini juga memberi galakan dan dorongan kepada umat Islam khususnya penduduk yang tinggal di sekitar kariah Masjid Ubudiah Sikuati, Kudat ini supaya dapat melaksanakan tuntutan Ibadah dengan betul dan sempurna. Di samping itu, program ini membantu menjalinkan hubungan kerjasama dan silaturrahim yang baik khususnya dalam kalangan masyarakat awan di Kampung Sikuati, Kudat.

Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SF Ustaz Hamdani Omar telah menyampaikan penerangan berkaitan dengan soal jawab mengenai Ibadah Qurban. Beliau juga berharap program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam khususnya penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Kampung Sikuati, Kudat dapat menambah pengetahuan dan kefahaman mereka mengenai ajaran Islam.

Pada 26 April 2019M bersamaan 20 Syaaban 1440H (Jumaat), Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya menganjurkan Program Bicara Fatwa 2019. Program ini telah dianjurkan di Masjid Al-Aqsa Kampung Kobuni dengan tema “Marhaban Ya Ramadhan”. Program Bicara Fatwa kali ini merupakan program yang pertama bagi tahun 2019. Para penduduk kampung telah membanjiri masjid dari awal lagi yang dianggarkan lebih 160 orang telah mengambil manfaat daripada program ini.

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat Islam setempat mengenai hukum dan ajaran Islam khususnya berkaitan dengan ibadah puasa yang bakal menjelang. Selain itu, program ini memberi galakan dan dorongan kepada umat Islam di sekitar kariah ini supaya dapat melaksanakan tuntutan Ibadah dengan betul dan sempurna. Di samping itu, program ini membantu menjalinkan hubungan kerjasama dan silaturrahim yang baik khususnya dalam kalangan masyarakat awan di Kampung Kobuni.

Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SF Ustaz Hamdani Omar telah menyampaikan penerangan berkaitan puasa. Beliau juga berharap program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam khususnya penduduk kampung yang tinggal di sekitar untuk menambah pengetahuan dan kefahaman mengenai ajaran Islam.

Pada 6hb April 2019 bersamaan 30 Rajab 1440 (Sabtu) bertempat di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah. Bahagian Falak, Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan Kerjasama JUPEM dan turut disertai peserta - peserta kursus cerapan dari Pusat Islam UMS melaksanakan Cerapan Hilal Sya'aban pada hari Sabtu, bersamaan 6hb April 2019 bersamaan 30 Rajab 1440M.

Seramai 25 orang peserta kursus tersebut dari Pusat Islam UMS yang hadir, terdiri daripada Pegawai, Pensyarah & Pelajar-Pelajar. Anggota teknikal yang hadir, 2 Orang wakil daripada JUPEM manakala Bahagian Falak , Pejabat Mufti Negeri Sabah dihadiri oleh Ust Mohd Jumat Abd Razak, Ust Rosman Bin Basri & Ust Abdul Rahman Bin Lalete.

Persediaan cerapan telah di mulakan seawal jam 4.00petang. Alat yang di gunakan ialah Teleskop 80ED & Teleskop Maksutov 127. Cerapan bermula jam 6.24pm dan berakhir pada jam 7.15pm. Hilal ketika itu berada pada ketinggian 11 º 35´ 04´´ ketika matahari terbenam. Jarak lengkung pula ialah 12 º 03´ 48´´ dan hilal ketika itu berumur 26j 25m.

Setelah cerapan bermula jam 6.24pm, alhamdulillah hilal kelihatan pada jam 6.27pm sehingga 6.40pm. Hilal kelihatan selama 13 minit dan hilal tidak kelihatan selepas itu disebabkan ditutupi oleh awan tebal.

Sekian

Disediakan oleh:
Bahagian Falak

22 April 2019 - 24 April 2019, Persidangan Jawatankuasa Rukyah Seluruh Malaysia dan Persidangan Ketua Pegawai Falak Malaysia bertempat di Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh, Melaka.

Delegasi Pejabat Mufti Negeri Sabah diketuai oleh Ybhg SS Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar, Mufti Negeri Sabah, Ust. Mohd Jumat Abd. Razak, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Falak dan Ust. Abd. Rahman bin Lalate , Penolong Pegawai Islam Bahagian Falak telah menghadiri persidangan tersebut.

Tiga kertas telah dibentangkan dalam persidangan tersebut yang berkaitan dengan kajian serta isu - isu falak semasa.

Persidangan ini diadakan buat kali pertama dan telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka.

Dalam Persidangan Ketua Pegawai Falak Malaysia, yang dihadiri pegawai - pegawai falak turut membincangkan tentang Plan strategik Falak dan isu - isu semasa berkaitan falak.

Semoga melalui persidangan ini segala manfaat diperolehi dan ilmu Falak terus berkembang khasnya di negeri Sabah.

Sekian.

Disediakan oleh ;
Bahagian Falak.

Program Wacana Pendidikan Fatwa telah berjaya diadakan pada 21 Mac 2019M bersamaan 14 Rajab 1440H bertempat di Dewan Mini, Pejabat Daerah Pitas. Program seumpama ini merupakan julung kali diadakan di daerah ini.

Pejabat Mufti Negeri Sabah telah menganjurkan program ini dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Daerah Pitas dan Pejabat Daerah Pitas. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyebar dan menjelaskan fatwa-fatwa negeri yang berkaitan di samping dapat memantapkan akidah umat Islam yang benar selari dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Secara tidak langsung, program ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara pegawai di Pejabat ini dengan masyarakat Islam di daerah pitas. Seramai 141 Orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pemimpin masyarakat Islam di pelbagai peringkat dan agensi di daerah Pitas.

Terdapat dua kertas kerja yang telah dibentangkan dalam wacana ini, dimana kertas kerja pertama yang bertajuk “Khurafat dan Ciri-ciri Ajaran Sesat” disampaikan oleh Ustaz Dr. Aizam Mas’ud, Unit Buhuth, Bahagian Fatwa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Seterusnya, pembentangan kertas kerja yang kedua bertajuk “Kawalan dan Sekatan Melalui Fatwa dan Undang-undang di Negeri Sabah” pula disampaikan oleh dua orang penceramah iaitu Ustaz Moktar bin Daman, Unit Buhuth, Bahagian Fatwa Pejabat Mufti Negeri Sabah dan Ustaz Mohamad Tasawwuf bin Hassan, Bahagian Penguatkuasa Undang-undang Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

8 Mac 2019 - 12 Mac 2019, Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan Kerjasama Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor telah mengadakan program ziarah ke beberapa buah Masjid di negeri Sabah yang dinamakan sebagai Program Kembara Falak Negeri Sabah 2019. Rombongan seramai 6 orang daripada Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor yang diketuai oleh Prof. Dr. Sairin Salleh dan 4 orang daripada Pejabat Mufti Negeri Sabah yang diketuai oleh Ust. Mohd Jumat Abd Razak.

Antara Masjid-Masjid yang terlibat sepanjang program tersebut adalah Masjid Assalam Kg. Contoh, Petagas, Masjid Daerah Putatan dan Masjid Jamek Kundasang, Ranau. Ahli kembara juga sempat berkunjung di tapak Balai Cerap Saizwagazer bertempat di Kg. Kelatuan, Papar dan di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Putatan.

Program yang telah berlangsung selama 5 hari 4 malam itu bertujuan untuk memberikan penerangan dan kefahaman mengenai ilmu falak kepada masyarakat di Sabah khususnya fenomena-fenomena alam yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Turut dibentangkan berkenaan kaedah penentuan waktu solat dan kaedah penentuan arah kiblat.

Sambutan yang ditunjukkan oleh jemaah Masjid-Masjid yang terlibat amatlah menggalakkan kerana program seumpama ini adalah julung-julung kali diadakan khususnya di negeri Sabah ini.

Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi disamping untuk menjadikan Masjid sebagai pusat pengembangan ilmu, juga bagi memberikan pengetahuan yang baharu khususnya ilmu yang berkaitan dengan ilmu falak.

Sekian.

Disediakan oleh:
Bahagian Falak

Pada 27-28 Februari 2019 bersamaan 22-23 Jamadilakhir 1440H, Pejabat Mufti Negeri Sabah telah berjaya menganjurkan Daurah Hukum Fiqh 2019; Fiqh Wanita Siri I.

Program ini diadakan di Dewan Mengkabong, INTAN Kampus Sabah telah menarik minat peserta seramai 195 orang yang berlangsung selama dua hari.

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam mengenai kepentingan pengetahuan fiqh wanita dalam tuntutan beribadah serta menjelaskan hukum fiqh wanita kepada umat Islam supaya dapat melaksanakan tuntutan Ibadah dengan yakin dan betul. Dengan adanya program daurah ini sudah pasti dapat mengukuhkan kefahaman dan penghayatan masyarakat Islam terhadap ajaran Islam. Daurah ini terbuka kepada orang ramai yang berminat mempelajari dan menekuni ilmu serta mendalami secara khusus hukum berkaitan fiqh wanita.

Pejabat Mufti Negeri Sabah telah membawa Al-Fadhil Maulana Mansoor bin Ismail al-Hafiz, Mudir Madrasah Miftahul Ulum, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai penceramah khusus untuk program Daurah Hukum Fiqh Wanita. Beliau juga merupakan pengarang kitab “Tuhfah al-A’izza iaitu Bicara Darah Wanita” dimana buku ini menjadi bahan perbincangan sepanjang program daurah berlangsung. YBhg. SS Datuk Ustaz Hj. Bungsu @ Aziz bin Hj Jaafar Mufti Kerajaan Negeri Sabah dalam ucaptama beliau berharap program daurah fiqh wanita ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam seterusnya melahirkan masyarakat Islam yang berilmu pengetahuan agama dan dapat melaksanakan ibadah sebagaimana telah ditentukan syarak.

11 - 14 Februari 2019 | Pantai Melawi, Bachok, Kelantan Darul Naim

Jabatan Mufti Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan sebuah kajian iaitu dinamakan kajian fajar yang telah diketuai oleh Prof Datuk Dr Mohd Zambri Zainuddin, Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut disertai oleh beberapa orang pensyarah daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan pegawai-pegawai falak jabatan mufti seluruh Malaysia. Manakala Pejabat Mufti Negeri Sabah telah diwakili oleh Ust. Rosman Basri dan Ust Abdul Rahman Lalete masing-masing daripada Bahagian Falak, Pejabat Mufti Negeri Sabah.

Kajian tersebut diadakan bertujuan untuk membuat penilaian semula parameter matahari di bawah ufuk bagi penentuan awal waktu Subuh di Malaysia khususnya di negeri Kelantan berikutan terdapat perbezaan rujukan darjah ketinggian matahari ketika waktu fajar di negeri tersebut dan negeri-negeri lain di Malaysia.

Disamping itu, beberapa slot penerangan mengenai sejarah dan versi terkini peralatan yang digunakan semasa kajian tersebut untuk mengukur kadar kegelapan langit yang dikenali sebagai Sky Quality Meter (SQM) juga kaedah-kaedah untuk menggunakannya.

Matlamat kajian ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai falak seluruh Malaysia agar kajian seumpama itu dapat dilaksanakan di negeri masing-masing bagi mengukuhkan lagi penguasaan ilmu falak dan juga dalam memberikan keyakinan dalam beribadah kepada Allah swt.

Sekian.

Disediakan oleh:
Bahagian Falak

test

test

© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah