PELANCARAN MAJLIS RUKYAH HILAL RASMI (RAMADHAN, SYAWAL & ZULHIJJAH) NEGERI SABAH SETERUSNYA MAJLIS RUKYAH HILAL RAMADHAN 1444H/2023M

22 MAC 2023 bersamaan 29 SYA'BAN 1444H (Rabu)| Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Putatan  | 
 
Pelancaran Majlis Rukyah Hilal Rasmi (Ramadhan, Syawal & Zulhijjah) Tahun 1444H/2023M Negeri Sabah Seterusnya Majlis Rukyah Hilal Ramadhan Tahun 1444H / 2023M Bagi Negeri Sabah
 
Disempurnakan Oleh,
YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya bertempat di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Putatan, Sabah.
 
Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya bagi Allah SWT.
 
Berikut merupakan gambar-gambar Hilal Ramadhan 1444H yang berjaya dirakamkan pada Majlis Rukyah Hilal Ramdhan kali ini. Ini merupakan rekod kenampakan Hilal Ramadhan kali yang pertama sejak Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah digunakan secara rasmi pada tahun 2007. Hilal Ramadhan berjaya direkodkan bermula seawal pukul 6:45 petang dan kelihatan lebih jelas pada pukul 6:48 dan 6:49 petang oleh Ahli Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Sabah dan di kalangan para pencerap dan pencatat sebagai saksi yang dilantik.
Peralatan yang digunakan adalah :
1) 2 buah Teleskop Pejabat Mufti Negeri Sabah
2) 3 buah Total Station Jabatan Tanah dan Ukur
3) Sebuah Teleskop dan 2 buah Total Station Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Cawangan Sabah
4) 2 buah Teleskop dan sebuah Binakular Dark Sky Malaysia.
 
Semoga Majlis Rukyah Hilal Ramadhan pada tahun ini memberi manfaat yang besar buat seluruh umat Islam di Malaysia.
 
HilalRamadhan1

© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah