Text Size
Latar Belakang
 
BINGKISAN SEJARAH 
PEJABAT MUFTI NEGERI SABAH
Pada peringkat awal Pejabat Mufti Negeri Sabah hanya dikenali sebagai Bahagian Mufti iaitu salah satu bahagian yang diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Ugama Islam Sabah. Perjalanan Bahagian ini tertakluk kepada Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah Tahun 1977.  Maka Mufti yang dilantik bertanggungjawab kepada Majlis Ugama Islam Negeri Sabah.
 
Dengan pelaksanaan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992, Mufti yang dilantik di bawah Enakmen ini menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 33 (2) Enakmen No.13 Tahun 1992 dan seksyen 33 (1) bagi pelantikan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah.
 
Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 September, 1996 telah bersetuju dan meluluskan pewujudan Pejabat Mufti Negeri Sabah berkuatkuasa mulai 01 Ogos 1996. Berkuatkuasa daripada tahun itu, Pejabat Mufti Negeri Sabah telah dipisahkan daripada pentadbiran Majlis Ugama Islam Sabah dan diletakkan di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dengan dianggotai oleh 6 orang kakitangan sahaja daripada 10 jawatan yang diluluskan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
 
Seiring dengan perkembangan semasa dan tugasan yang lebih mencabar di Jabatan Mufti seluruh Malayisa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menyusun semula struktur Jabatan Mufti di seluruh Malaysia seperti berikut :
 
1. Mufti sebagai Ketua Jabatan 
2. Timbalan Mufti sebagai Timbalan Ketua Jabatan 
3. Satu bahagian Istinbath / Syariah 
4. Satu Bahagian Falak Syari'e
5. Satu bahagian Pentadbiran Am
 
Sehingga kini, Pejabat Mufti Negeri Sabah telah dianggotai oleh 18 orang kakitangan. Perjalanan Pejabat Mufti Negeri Sabah berasaskan kepada Enakmen Fatwa Negeri Sabah yang telah dikuatkuasakan pada tahun 2004 Miladiah.