Pada 26 April 2019M bersamaan 20 Syaaban 1440H (Jumaat), Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya menganjurkan Program Bicara Fatwa 2019. Program ini telah dianjurkan di Masjid Al-Aqsa Kampung Kobuni dengan tema “Marhaban Ya Ramadhan”. Program Bicara Fatwa kali ini merupakan program yang pertama bagi tahun 2019. Para penduduk kampung telah membanjiri masjid dari awal lagi yang dianggarkan lebih 160 orang telah mengambil manfaat daripada program ini.

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat Islam setempat mengenai hukum dan ajaran Islam khususnya berkaitan dengan ibadah puasa yang bakal menjelang. Selain itu, program ini memberi galakan dan dorongan kepada umat Islam di sekitar kariah ini supaya dapat melaksanakan tuntutan Ibadah dengan betul dan sempurna. Di samping itu, program ini membantu menjalinkan hubungan kerjasama dan silaturrahim yang baik khususnya dalam kalangan masyarakat awan di Kampung Kobuni.

Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SF Ustaz Hamdani Omar telah menyampaikan penerangan berkaitan puasa. Beliau juga berharap program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam khususnya penduduk kampung yang tinggal di sekitar untuk menambah pengetahuan dan kefahaman mengenai ajaran Islam.

© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah