Program Bicara Fatwa 2019 anjuran Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Kudat dan Pejabat Daerah Kudat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat di sekitar Sikuati, Kudat. Program tersebut yang telah diadakan pada 02 Ogos 2019M bersamaan 01 Zulhijjah 1440H bertempat Masjid Ubudiah Sikuati Daerah Kudat dengan membawa tema “Qurban Antara Tuntutan Ibadah dan Adat” bersesuaian dengan ketibaan bulan Zulhijjah. Para penduduk kampung telah membanjiri Masjid Ubudiah dari awal lagi yang mana dianggarkan lebih 200 orang telah mengambil manfaat daripada program ini.

Objektif utama program kali ini dianjurkan adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat Islam setempat mengenai hukum dan fatwa khususnya berkaitan dengan Ibadah Qurban yang bakal menjelang tiba. Selain itu, program ini juga memberi galakan dan dorongan kepada umat Islam khususnya penduduk yang tinggal di sekitar kariah Masjid Ubudiah Sikuati, Kudat ini supaya dapat melaksanakan tuntutan Ibadah dengan betul dan sempurna. Di samping itu, program ini membantu menjalinkan hubungan kerjasama dan silaturrahim yang baik khususnya dalam kalangan masyarakat awan di Kampung Sikuati, Kudat.

Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SF Ustaz Hamdani Omar telah menyampaikan penerangan berkaitan dengan soal jawab mengenai Ibadah Qurban. Beliau juga berharap program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam khususnya penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Kampung Sikuati, Kudat dapat menambah pengetahuan dan kefahaman mereka mengenai ajaran Islam.

© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah