Bahagian Rujukan Fatwa Pejabat Mufti Negeri Sabah telah membuat satu lawatan ke Perpustakaan Islam Baitul Hikmah yang bertempat di Sembulan, Kota Kinabalu. Lawatan yang turut disertai oleh Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan beserta dua orang pelajar praktikal dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Malaya (UM) ini telah disambut oleh Ustaz Adam Abdul Hai, Ketua Unit Baitul Hikmah beserta kakitangan.
Program diserikan lagi dengan pembentangan mengenai Perpustakaan Islam Baitul Hikmah dan lawatan keseluruhan ruang perpustakaan. Selain itu, sesi perkongsian pandangan dan cadangan berkenaan dengan penambahbaikan yang boleh dilakukan turut diadakan bagi mengukuhkan lagi kerjasama di antara kedua-kedua jabatan.
Semoga lawatan ini memberi inspirasi dan idea untuk penambahbaikan maktabah Pejabat Mufti Negeri Sabah.
#InfoRujukan
#pejabatmuftinegerisabah
#PMNS
#MalaysiaMadani
#SabahMajuJaya