17 Ogos 2023M bersamaan 30 Muharram 1445H (Khamis), Balai Cerap Al Biruni.
CERAPAN HILAL SAFAR DAN LAWATAN DARI IPG KENT TUARAN
Seramai 40 orang peserta daripada rombongan IPG Kent Tuaran telah berkunjung ke Balai Cerap Al-Biruni.
Rombongan disambut dan disantuni oleh staf Bahagian Falak Pejabat Mufti Negeri Sabah.
Antara aktiviti yang sempat dilakukan adalah:
1. Penerangan kaedah teori dan praktikal penentuan arah kiblat.
2. Praktikal Cerapan Hilal Safar.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Hilal Safar kelihatan jelas walaupun dalam keadaan ufuk yang mendung dan berawan.
Turut menyertai cerapan kali ini juga, 5 orang pegawai daripada JUPEM Sabah.
Semoga aktiviti ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.