19 Oktober 2023M/04 Rabi'ul Akhir 1445H(Khamis), Sabah International Convention Centre
Majlis Tautan Ukhuwah dan Mahabbah sempena Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali ke-122 telah diadakan bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC) anjuran Kerajaan Negeri Sabah.
Majlis telah dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Noor, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Dato' Dr Hj. Nooh Gadut, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Hj Safar Bin Untong dan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Ustaz Hj. Bungsu @ Aziz Bin Hj Jaafar turut dihadiri Mufti-Mufti seluruh Malaysia.

