PROGRAM JELAJAH MUFTI SELURUH SABAH SIRI 1 (TONGOD)

23 - 24 Januari 2024 | 11 - 12 Rejab 1445H (Selasa dan Rabu), Daerah Tongod

bmt1

Pejabat Mufti Negeri Sabah telah mengadakan Program Jelajah Mufti Seluruh Sabah bagi siri 1 bertempat daerah Tongod.

Program ini telah direncanakan dengan beberapa pengisian seperti yang berikut :
 
1. Majlis Khas 'Bicara Mufti' di Masjid Ad Dawatul Khair Daerah Tongod
2. Majlis Amanat dan Taklimat Mufti Bersama Agensi-Agensi Islam Daerah Tongod
3. Majlis Menyantuni Asnaf di Masjid Al - Hidayah Daerah Tongod
 
bmt9
 
Objektif program adalah memberi pendedahan bagi pemantapan fahaman Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada masyarakat islam, menjelaskan fatwa-fatwa Negeri Sabah dan fiqh sabahi, menjalin hubungan strategik dengan agensi-agensi islam daerah pedalaman dan menyantuni penduduk asnaf Tongod.
 
Alhamdulillah, program ini telah disempurnakan oleh SS Datuk Ustaz Hj Bungsu @ Aziz Bin Hj Jaafar (Mufti Kerajaan Negeri Sabah)
 
Turut hadir Al Fadhil Ustaz Asbi Bin Amat (Pegawai Tadbir Agama Tongod selaku rakan kolabrasi program), Tuan Muhammad Hazali Bin Hadzis (Ketua penyelaras Program PJM), Ustaz Datu Ain Al Raffiq Bin Datu Mohammad (PPHEI) dan beberapa kakitangan daripada Pejabat Mufti Negeri Sabah.
bmt14
 

© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah