Majlis Raya Perdana Agensi-Agensi Islam Sabah 2024M/1445

07 Mei 2024 bersamaan 28 Syawwal 1445H (Selasa), Dewan Sa’adah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. 
 
 
 
 
 
 

 

 

Majlis raya perdana agensi-agensi islam sabah 1444H/ 2023M telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama Sabah, bertempat di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS.

Terdapat lebih dari 20 agensi telah menyertai sambutan Majlis Raya Perdana tersebut yang dibuka untuk kehadiran orang ramai. Antaranya termasuklah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Tugas-Tugas Khas, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Sabah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) serta beberapa agensi Islam yang lain.
Tahniah diucapkan kepada PMNS yang telah berjaya mendapat Tempat Kelima bagi Pertandingan Gerai Paling Cantik pada majlis tersebut. Sekalung penghargaan diberikan kepada urusetia yang bertanggungjawab menghias gerai PMNS pada majlis tersebut, diketuai oleh Encik Anip bin Abidin (Penolong Pegawai Tadbir) dan Puan Suraya binti Hussin (Ketua Kerani).
RP1
RP5

© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah