Program Bicara Fatwa 2019 anjuran Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat di sekitar daerah-daerah yang telah berlangsung. Program tersebut yang telah diadakan sebanyak dua kali pada tahun ini yang bertempat di Masjid Kg. Kobuni, Inanam pada 26 April 2019 dan Masjid Ubudiah Sikuati, Daerah Kudat pada 2 Ogos 2019.
Objektif utama program kali ini dianjurkan adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat Islam setempat mengenai hukum dan fatwa. Selain itu, program ini juga memberi galakan dan dorongan kepada umat Islam khususnya penduduk yang tinggal di sekitar kariah Masjid supaya dapat melaksanakan tuntutan Ibadah dengan betul dan sempurna. Di samping itu, program ini membantu menjalinkan hubungan kerjasama dan silaturrahim yang baik khususnya dalam kalangan masyarakat awam.
Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SF Ustaz Hamdani Omar telah menyampaikan penerangan berkaitan dengan soal jawab mengenai tajuk-tajuk semasa program tersebut dijalankan. Beliau juga berharap program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam khususnya penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Kampung dapat menambah pengetahuan dan kefahaman mereka mengenai ajaran Islam.