Pejabat Mufti Negeri Sabah telah menyertai Liqa Mahabbah Jabatan Mufti Se-Malaysia 2019 yang berlangsung dengan julung kalinya di Negeri Perak Darul Ridzuan. Sebanyak 6 jenis acara sukan dipertandingkan pada kali ini termasuk Ping pong,karom,congkak,boling,badminton,dan futsal.
Dalam program ini,Pejabat Mufti telah diwakili oleh 10 atlet termasuk SS Datuk Mufti sendiri. Semangat kesukanan yang ditunjukkan telah menaikkan semangat jati diri.program ini juga telah menguatkan ikatan ukhuwah antara semua Jabatan Mufti selaras dengan nama “LIQA MAHABBAH”.InsyaAllah dengan izin Allah SWT,program ini akan dianjurkan di negeri sarawak pula pada 2021.