MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN LAMAN WEB RASMI PEJABAT MUFTI NEGERI SABAH

4 Mac 2020 (Rabu) - TH Hotel & Residence Kota Kinabalu 

 

Pejabat Mufti Negeri Sabah telah mengadakan Majlis Perasmian Pelancaran Laman Web Rasmi PMNS bertempat di TH Hotel Residence Kota Kinabalu, Sabah pada 04 Mac 2020. Majlis yang turut dirasmikan oleh Menteri Undang-Undang & Hal Ehwal Anak Negeri, YBhg Datuk Hj.Aidi Bin Hj.Mokhtar turut dihadiri oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SS.Datuk Ustaz Hj.Bungsu@Aziz Bin Hj.Jaafar serta tetamu kehormat yang lain diantaranya ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Pembangunan) merangkap CIO Negeri Sabah, YBhg Encik Patrick Su Teck.

Turut diberikan tumpuan pada majlis pelancaran tersebut adalah Simbolik Pelancaran Laman Web  yang berbentuk imbasan tapak tangan Menteri Undang-Undang & Hal Ehwal Anak Negeri, YBhg Datuk Hj.Aidi Bin Hj.Mokhtar serta majlis penyampaian hadiah kepada YBhg Datuk Hj.Aidi Bin Hj.Mokhtar. Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah yang mesra pengguna kini boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat khususnya di Negeri Sabah, melalui pautan URL; https//:www.muftisabah.gov.my.


© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah