CERAPAN HILAL REJAB 1442H / FEBRUARI 2021

11hb Februari 2021 – 12 Februari 2021 Khamis & Jumaat – Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan : Seramai 7 orang Pegawai daripada Pejabat Mufti Negeri Sabah telah hadir dalam program cerapan baru-baru ini. Program Cerapan ini telah diketuai oleh Ust Mohd Jumat Bin Abdul Razak selaku Ketua Bahagian Falak Pejabat Mufti Negeri Sabah. Turut Hadir dalam program cerapan ini ialah Sahibus Fadilah Ust Dr. Mohammad Ali Bin Abdullah merangkap Timbalan Mufti Negeri Sabah.

Program Cerapan ini dilakukan selama dua (2) hari di mana pada hari pertama adalah persediaan teknikal alat cerapan. Manakala hari kedua adalah hari cerapan yang sebenar. Umur Hilal pada hari cerapan adalah 15 jam 55 minit. Manakala Jarak Lengkung adalah 08° 02" 11' dan ketinggian hilal di atas ufuk 06° 57" 12'. Mengikut kriteria hilal pada hari cerapan adalah berpotensi untuk kelihatan. Namun disebabkan keadaan cuaca yang berawan tebal dan hujan maka hilal pada hari tersebut tidak dapat dilihat.


© 2018 - 2021 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah