MESYUARAT PENGESAHAN HILAL JAMADILAKHIR 1442H SABAH

 23hb Februari 2021 – Selasa – Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan

Seramai 4 Orang Pegawai Bahagian Falak yang diketuai oleh Ust Mohd Jumat Bin Abdul Razak telah menghadiri Mesyuarat Pengesahan Hilal Jamadilakhir 1442H Sabah secara telesidang. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan dan mengesahkan penampakkan Hilal Jamadilakhir 1442H yang telah berjaya dicerap oleh Team Falak Pejabat Mufti Negeri Sabah. Mesyuarat ini dihadiri oleh Panel Falak Jakim, Pasukan Penyelidikan Universiti Malaya, Penyelidikan Falak Jakim dan Pegawai-pegawai Mufti dari Pejabat Mufti Negeri Sabah dan dipengerusikan oleh Ybhg. Dato Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee yang merupakan Setiausaha Panel  Pakar Falak dan merangkap Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Jakim.

Secara ringkasnya, mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang pertama kali diadakan dalam mengiktiraf dan mengesahkan Hilal yang telah berjaya dicerap oleh pencerap-pencerap di seluruh Negeri Malaysia. Walaupun keputusan mesyuarat tidak mengesahkan Penampakkan Hilal Jamdilakhir 1442H disebabkan beberapa faktor teknikal, namun di peringkat Team Falak Pejabat Mufti Negeri Sabah dapat mengambil banyak input-input penting untuk di ambil perhatian dan diaplikasi dalam aktiviti cerapan akan datang. Terima kasih atas segala buah fikiran, nasihat, serta pandangan yang telah diberikan sepanjang perbincangan tadi, Insya-Allah kami diperingkat Bahagian Falak Pejabat Mufti Negeri Sabah akan buat lebih baik selepas ini.


© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah