LATIHAN PERALATAN ALATAN FALAK DAN CERAPAN MALAM

26hb Februari 2021 - Jumaat – Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan : Team Falak Pejabat Mufti Negeri Sabah yang diketuai oleh Ust Mohd Jumat Bin Abdul Razak selaku Ketua Bahagian Falak Pejabat Mufti Negeri Sabah telah hadir untuk melaksanakan latihan dan cerapan malam ini. Antara yang hadir ialah Ust Abdul Rahman, Ust Rosman Bin Basri, Ust Hairun bin Maekol, Ust Mohd Salam Bin Mohd Salleh dan En Khairuel Shah Bin Matjuni.

Program Cerapan ini bermula jam 3 petang sebagai persediaan teknikal peralatan. Kemudian cerapan malam bermula pada jam 7.00 malam iaitu selepas solat maghrib. Secara keseluruhan, program cerapan malam berjalan dengan baik. Walaupun selepas matahari terbenam, cuaca hujan sehingga jam 12 tengah malam. Namun pada jam 3 pagi, team falak Pejabat Mufti Negeri Sabah dapat merakamkan imej Bulan Purnama.

 


© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah