10 Januari 2022 - Isnin - Pejabat Mufti Negeri Sabah , Menara Kinabalu , Kota Kinabalu.
Lembaga Pengarah, Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Negeri Sabah bertempat di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu. Kunjungan tersebut yang telah dihadiri oleh Rektor IKDAR, Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin bersama dengan ahli Lembaga Pengarah yang antaranya Prof. Madya Lamjin bin Atoh telah disambut oleh SS. Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan beberapa orang pegawai kanan Pejabat Mufti Negeri Sabah.
Antara tujuan kunjungan tersebut adalah berkaitan pengenalan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) yang merupakan institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf khusus bagi lepasan tahfiz bukan arus perdana tanpa SPM di Malaysia. Ia juga terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam dasar-dasar dan kajian institusi pendidikan tahfiz di Malaysia.