10 Januari 2022 ( Isnin ) - Kinarut dan Bundusan, Papar.
Unit Kiblat, Bahagian Falak, Pejabat Mufti Negeri Sabah telah melaksanakan lawatankerja penentuan arah kiblat di 2 buah tempat di daerah Papar iaitu penentuan arah kiblat unuk pembinaan baharu Masjid An-Nur, Taman Limauan, Kinarut dan Taman Perkuburan Orang Islam Kg. Bundusan, Papar.
Lawatankerja penentuan arah kiblat tersebut telah dilaksanakan oleh Ustaz Rosman Basri (Ketua Unit KIblat), dibantu oleh Ustaz Hairun Maekol (Unit Kiblat) dan Encik Sulaiman Jalil (Pemandu Kenderaan).