12 Januari 2022 (Rabu) -Pejabat Mufti Negeri Sabah, Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.
Bahagian Falak, Pejabat Mufti Negeri Sabah telah mengadakan Mesyuarat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Sabah Tahun 2022 Dan Aktiviti Yang Akan Dilaksanakan yang telah dipengerusikan oleh YBhg. SF. Ustaz Dr. Haji Mohammad Ali bin Abdullah, Timbalan Mufti Negeri Sabah dan disertai oleh Ustaz Mohd Jumat Abd. Razak (Ketua Bahagian Falak), Encik MUhammad Hazali Hadzis (Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan), Ustaz Abdul Rahman Lalete, Ustaz Rosman Basri dan Ustaz Hairun MAekol.