21 Mac 2022 (Selasa)- Pejabat Mufti Negeri Sabah, Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.
Mesyuarat Urus Setia Majlis Ru’yah Hilal Rasmi (Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah) Seterusnya Majlis Ru'yah Hilal Ramadhan Tahun 1443H/ 2022M Bagi Negeri Sabah telah dipengerusikan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SF Dr. Ustaz Mohammad Ali Bin Abdullah.
Majlis Ru’yah Hilal Rasmi ini merupakan majlis rasmi tahunan yang diadakan 3 kali setahun yang bertujuan untuk menyampaikan laporan kenampakan anak bulan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dan Yang di-Pertua Negeri Sabah, selain menerangkan mengenai kaedah penetapan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah berdasarkan cerapan anak bulan.