MAJLIS RU'YAH HILAL SYAWAL 1443H/2022M

 

1 Mei 2022 (Ahad), Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tg.  Dumpil.

 

 

Majlis Ru’yah Hilal Rasmi Syawal 1443H/2022M bagi Negeri Sabah telah dilaksanakan pada 29 Ramadhan 1443H bersamaan 1 Mei 2022M bertempat di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan. Majlis turut diserikan lagi dengan majlis bacaan yaasin dan tahlil yang diadakan sebelum memulakan proses Ru’yah Hilal Syawal.

syawal19

syawal20

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ru'yah Hilal Syawal yang telah bermula pada 6 petang tersebut telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan diketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SS Datuk Ustaz Hj. Bungsu @ Aziz Bin Hj. Jaafar. Ia turut dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal Cerapan dari Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan Tanah Dan Ukur Negeri Sabah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Cawangan Negeri Sabah dan Sabah Stargazer.

syawal1syawal12

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis turut dihadiri oleh tetamu kehormat Menteri Tugas-Tugas Khas, YB Datuk Dr. Hj. Mohd Arifin Bin Hj. Mohd Arif dan Menteri Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat Sabah, YB Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya. Turut hadir Yang Di-pertua MUIS, YBhg. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Bin Haji Husin serta wakil dari pihak Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah.

syawal17

syawal18

 

 

 


© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah