31 Mei 2022 (Selasa), Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil.
Ru'yah Hilal Zulkaedah telah dilaksanakan oleh Bahagian Falak Pejabat Mufti Negeri Sabah pada 31 Mei 2022M bersamaan 30 Syawal 1443H di Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah.
Hilal Zulkaedah telah kelihatan jam 18:57 dari peralatan Teleskop 80ED Skywatchers dan jam 18:48 dari Teleskop Quattro Skywatcher dari Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah. Imej ini ketika Hilal Zulkaedah di bawah ketinggian 0° di ufuk.