14-15 Jun 2022 (Selasa-Rabu), Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Putatan.
Jawatankuasa Penyemakan Takwim Negeri Sabah 2022 telah melaksanakan penyemakan Jadual Waktu Solat Negeri Sabah 1444H di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah.
Bengkel ini berlangsung selama dua hari iaitu 14-15 Jun 2022 (Selasa - Rabu) bagi menyediakan jadual waktu solat untuk kegunaan umat Islam di Negeri Sabah bagi tahun 1444H / 2022-2023M.