MUZAKARAH MAJLIS FATWA NEGERI SABAH BIL.1/2022

 

28-30 Jun 2022 (Selasa-Khamis) - Ming Garden Hotel & Residence, Kota Kinabalu.

 

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah telah diadakan pada 28-30 Jun 2022 (Selasa Rabu) bertempat di Bilik Rafflesia, Ming Garden Hotel & Residence, Kota Kinabalu. Muzakarah diserikan dengan kehadiran Puan Siti Hafsah binti Adenan (Wakil Peguam Besar Negeri Sabah) manakala Dr. Pg Ismail Pg. Musa dari Universiti Maya dan Dr Mohammadin Abdul Niri dari Universiti Malaya serta Putera Aliif Al-Ain Jasni, Ketua Penolong Setiausaha, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sebagai pembentang. 

Di antara kertas kerja yang telah dibincangkan dalam muzakarah tersebut adalah :-

  1. Semakan Semula Status Ahli Jumaat dalam Syarat Kebenaran Sembahyang Jumaat: Mastauthin dan Mukim
  2. Hukum Menggunakan Wakaf Istibdal
  3. Hukum Menerima Agihan Manfaat Wakaf
  4. Hukum Mengambil 10% Sebagai Upah Pengurusan Daripada Semua Jenis Dana Wakaf Tunai dan Produk Wakaf Tunai
  5. Hukum Orang Islam Menguruskan Jenazah Kerabat Keluarganya Yang Bukan Beragama Islam
  6. Ulasan Buku: Bercakap dengan Al-Quran Tulisan Mohd Syazreen Abdullah
  7. Isu Pelaksanaan Sogit dari Perspektif Hukum dan Undang-Undang Semasa di Negeri Sabah
  8. Pendangan Hukum Berkenaan Pengisbatan Anak Bulan Dari Perspektif Syariah dan Astronomi.
  9. Pandangan Hukum Berkenaan Pekerjaan Menghantar Makanan Tidak Halal.

mmfns2251

 

mmfns2212

 


© 2018 - 2022 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah