LIQA’ MAHABBAH JABATAN/ PEJABAT MUFTI SE-MALAYSIA EDISI KE-2 TAHUN 1444H/2022M

 

13-17 Ogos 2022  (Sabtu-Rabu) UNIMAS Kota Samarahan & Kuching , Sarawak. 

 

Seramai 28 atlet dari Pejabat Mufti Negeri Sabah telah dihantar ke Kuching, Sarawak bagi 11 acara sukan yang dipertandingkan berpusat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak bermula 13-15 Ogos 2022.

LM221

 

KEPUTUSAN PENUH:
 
Kontinjen negeri Sabah menamatkan keseluruhan acara di tangga yang ke-10 daripada keseluruhan 14 negeri dengan kutipan 1 Emas, 1 Tempat ke-4, dan selebihnya kutipan mata penyertaan.
 
- Emas terhasil dari acara Merentas Desa 5km Terbuka (Lelaki) melalui Encik Mohd Harman Saffuan bin Salman
- Tempat ke-4 terhasil dari acara Ping Pong (Berkumpulan) melalui Ustaz Mohd Jumat bin Abd. Rajak, Ustaz Rosman Basri, Ustaz Dr. Mohd  Ariffin bin Ali, Encik Anip bin Abidin, Puan Masnih binti Osman dan Ustazah Azlina binti Abdul Hamin
 
Dalam pada itu, atlet kontinjen PMNS juga berhasil memperoleh pingat yang dipertandingkan secara berasingan:
 
- Gangsa: SS. Datuk Ustaz Hj. Bungsu @ Aziz bin Hj. Jaafar & SF. Dr Ustaz Hj. Mohammad Ali bin Abdullah (Tenpin Boling Berkumpulan VIP)
- Gangsa: SF. Dr. Ustaz Hj. Mohammad Ali bin Abdullah (Jatuhan Pin Tertinggi Tenpin Boling Lelaki VIP)
- Gangsa: Ustaz Abdul Rahman bin Lalete (Jatuhan Pin Tertinggi Tenpin Boling Lelaki Terbuka)
LM225
LM229
LM2216
LM2219

 


© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah