20hb Disember 2022 - Rabu – Pejabat Mufti Negeri Sabah, Menara Kinabalu.
Pejabat Mufti Negeri Sabah (PMNS) telah mengadakan satu perbincangan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Mufti Negeri Sabah bertujuan mewujudkan video korporat yang baharu dan dikemaskini. Perbincangan tersebut turut dihadiri beberapa pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah iaiu En. Hierwan Murshid dan En. Mohd Ezuan Abdul Rashid dan Ahli Jawatankuasa Video Korporat Negeri Sabah serta dipengerusikan oleh Dr Mohd Ariffin Ali, Ketua Bahagian Fatwa merangkap Ketua Teknologi Maklumat (CI0) Pejabat Mufti Negeri Sabah.