BENGKEL ASAS PHOTOSHOP & CERAPAN HILAL JAMADILAKHIR 1444H

23 &24 Disember 2022 (Jumaat & Sabtu) - Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil Putatan.

Bahagian Falak, Pejabat Mufti Negeri Sabah telah mengadakan Bengkel Asas Photoshop dan Cerapan Hilal Jamadilakhir 1444H di Bilik Persidangan, Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah yang telah dikendalikan oleh En. Mohd Rizal dari Darul Hadis Sabah
Seramai 8 orang staf dan seorang pelajar praktikal Pejabat Mufti Negeri Sabah telah menghadiri bengkel dan cerapan kali ini diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Jumat bin Abd Razak,Ketua Bahagian Falak. Turut menyertai cerapan  ialah 5 orang pegawai dari JUPEM Sabah.
Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Asas Photoshop telah disempurnakan oleh SS Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz bin Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan turut dihadiri oleh SF Datuk Ustaz Haji Abd Manap bin Lakariba, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah.
bp1a
bp2a
bp6a

© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah