PENYERAHAN WATIKAH DAN PELANTIKAN JAWATANKUASA TEKNIKAL KALENDAR ISLAM NEGERI SABAH DAN MUZAKARAH FALAK SIRI 1

18 Januari 2023 (Rabu), Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Putatan

 

 

Program yang berlansung selama sehari ini antara lain bertujuan  untuk meneliti dan menyemak Jadual Waktu Solat Bagi seluruh zon di negeri Sabah agar ia tepat dan sahih sebagai rujukan Umat Islam khususnya di Negeri Sabah dalam menyempurnakan ibadah solat dan ibadah - ibadah Umat Islam yang berkaitan, di samping membincangkan isu - isu falak yang berbangkit.  Program dimulakan dengan penyerahan watikah pelantikan JTKINS ini telah disempurnakan oleh Sahibul Fadhilah Datuk Ustaz Haji Abdul Manap bin Lakariba, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, selaku wakil Sahibus Samahah Datuk Mufti Kerajaan Negeri Sabah.
 
JTKINS1
 
 
 
Sejurus selesai majlis penyerahan watikah, JTKINS telah mengadakan Muzakarah Falak Siri 1. Antara isi Muzakarah Falak kali ini adalah penyemakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H / 2023 bagi seluruh zon di Negeri Sabah. Selain itu, telah diadakan perbincangan mengenai isu-isu semasa berkaitan falak khususnya yang berkait rapat dengan Negeri Sabah.
JTKINS8
JTKINS6
JTKINS7
JTKINS4
JTKINS5
 
Selain itu, Muzakarah Falak juga telah dilaksanakan yang dipengerusikan oleh SF Datuk Ustaz Haji Abdul Manap Lakariba, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah bagi membincangkan mengenai permasalahan-permasalahan yang berbangkit berkaitan Falak khususnya berkaitan Jadual Waktu Solat dan Imsak serta Berbuka Puasa bagi Negeri Sabah.
JTKINS2
 

© 2018 - 2023 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah