Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah
Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah terletak di Tanjung Dumpil, Putatan kira-kira 15 KM dari Kota Kinabalu. Orentasi bangunan ini menghadap kearah laut Cina Selatan dengan kedudukan bearing bangunan berasaskan bearing koordinat arah kiblat 290° 22’ 31”.
Keluasan keseluruhan tapak melihat anak bulan adalah seluas 7.760 Hektar atau 19.17 ekar. Keluasan lokasi yang telah digunakan hanya seluas 7 ekar sahaja. Tapak bangunan pula adalah seluas 2,000 kakipersegi (50'x40'). Keluasan tapak ini telah digazet pada 19 Oktober 2006 M / 28 Zulkaedah 1427H.
Lokasi Balai Cerap al-Biruni ini telah dikenalpasti sesuai sebagai tempat cerapan astronomi berdasarkan faktor berikut ;
- Pandangan sekitarnya pada kedudukan azimuth 230°– 360° tidak terhalang dengan bangunan-bangunan tinggi dan;
- Mempunyai pandangan ufuk barat yang jelas dan sesuai untuk aktiviti cerapan
Pada tarikh 17 Syawal 1428H / 29 Oktober 2007 Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah.
Pejabat Mufti Negeri Sabah
Tingkat 21, Blok A
Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Sulaman, Teluk Likas
Beg Berkunci 2070
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Telefon: 088-369335
Faks: 088-
Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768. Diselenggara oleh Webmaster PMNS.
Bilangan Pelawat






