20 Februari 2024 bersamaan 10 Syaaban 1445H(Selasa), Menara Kinabalu.
Bahagian Rujukan Fatwa, Pejabat Mufti Negeri Sabah (PMNS) telah meneruskan lagi kelas Tafaqquh Fiddin 2024 bagi Kitab 'Al-Ashbah wa al Nazair fi Qawaid Wa Furu' Fiqh Al Shafi'iyyah (Terjemahan) karangan al-Imam al-Suyuti Rahimahullah dan dipimpin oleh YM Ustaz Haji Muchlish Sitanggang Ali Kassim, Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah.
Kelas pengajian tersebut bertujuan meningkatkan lagi kefahaman agama berlandaskan manhaj Ahli Sunnah Waljamaah dan turut dihadiri pegawai dan kakitangan Pejabat Mufti Negeri Sabah.