Text Size

Soalan Lazim

Apa itu fatwa?

Fatwa ialah sesuatu keputusan Majlis Fatwa Negeri Sabah yang telah diwartakan dam mengikat setiap orang Islam yang berada di negeri Sabah.

Apakah e-Fatwa?

e-Fatwa ialah satu laman web yang menyediakan maklumat-maklumat Fatwa iaitu Keputusan Fatwa Kebangsaan dan fatwa yang telah diwartakan di negeri-negeri di seluruh Malaysia. e-Fatwa dikemaskini oleh Jawatankuasa Teknikal yang terdiri dari pegawai-pegawai di Jabatan Mufti di seluruh Malaysia.
e-Fatwa boleh diakses melalui alamat URL http://www.islam.gov.my atau melalui laman-laman web Jabatan-Jabatan Mufti di seluruh Malaysia. e-Fatwa adalah aplikasi berasaskan web dan dibangunkan oleh Bahagian Perkhidmatan ICT JAKIM.

Bagaimanakah cara untuk bertanya atau mengemukakan soalan mengenai isu – isu atau soal jawab kemusykilan agama?

Anda boleh bertanya atau mengemukakan soalan mengenai isu-isu soal jawab kemusykilan agama melalui kaedah berikut:

i.  No. Telefon : 088-218322
ii. No. Faks : 088-263679

Bagaimanakah proses-proses bagi pewartaan sesuatu fatwa, berpandukan kepada peraturan-peraturan yang sedia ada?

TATACARA PEMBUATAN FATWA
1. Permohonan kerajaan Negeri dan Pusat, Jabatn Kerajaan dan Swasta, NGO serta pelbagai pihak.
2. Menjalankan penyelidikan dan menyediakan kertas kerja
3. Mengadakan mesyuarat Majlis Fatwa Negeri Sabah
4. Maklumkan keputusan kepada Majlis Ugama Islam Sabah
5. Mohon perkenan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
6. Keputusan fatwa dicetak untuk pewartaan Kerajaan Negeri

Siapakah yang terlibat dalam Majlis Fatwa Negeri Sabah?

Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah terdiri daripada :-

(a) Mufti , sebagai Pengerusi ;
(b) Timbalan Mufti
(c) Dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis
(d) Tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang layak dan sesuai atas nasihat Mufti ; dan dilantik oleh Majlis; dan
(e) Seorang pegawai dari Pejabat Mufti yang dilantik oleh Majlis sebagai setiausaha

(Seksyen 6(2) Enakmen Fatwa Negeri Sabah 2004)

Soalan Lazim Bahagian Falak

Adakah pelawat boleh membawa peralatan cerapannya sendiri untuk melakukan proses cerapan?

Boleh. Pihak kami akan menyediakan tempat cerapan dan khidmat nasihat penggunaan alat.

Adakah terdapat kemudahan untuk bersolat di Balai Cerap?

Ya, ada disediakan surau.

Apakah barangan yang tidak boleh di bawa ke Balai Cerap?

Barangan yang di larang oleh undang-undang. Jika ada bawa makanan, pastikan kebersihan di jaga dan sampah di buang ke dalam tong sampah yang disediakan. Kasut perlu diletakkan di rak yang telah disediakan manakala barang – barang berharga adalah dibawah tanggungjawab masing – masing.

Apakah pakaian yang sesuai untuk di pakai sewaktu lawatan?

Pakaian yang sesuai adalah pakaian yang menutup aurat (bagi orang Islam) dan tidak menjolok mata serta kemas. Singlet, seluar pendek dan skirt pendek tidak di benarkan sama sekali.

Apakah prosedur yang perlu dilaksanakan jika ada pihak yang ingin membuat lawatan rasmi ke Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah?

Anda boleh menulis surat kepada kami dengan menyatakan tujuan, tarikh, masa, dan bilangan pelawat agar pihak kami boleh membuat persiapan sewajarnya.

Bagaimanakah proses permohonan penentuan (pembinaan baru) Arah Qiblat dilakukan?

Anda boleh menulis surat permohonan kepada kami dengan melampirkan :
1. Surat kebenaran pembinaan Masjid / Surau daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS ). Jika pemohon adalah JHEAINS maka surat tersebut tidak diperlukan.
2. Plan tapak tanah Masjid / Surau dilengkapi maklumat seperti koordinat tapak @ lokasi tersebut.
3. Maklumat Juruukur berlesen yang dilantik seperti nama syarikat, no. telefon, alamat E-Mail.

Bagaimanakah proses permohonan semakan Arah Qiblat dilakukan bagi permis seperti masjid / surau yang sedia ada, hotel, resort, bilik @ surau pejabat?

Anda boleh menulis surat permohonan kepada kami dengan menyatakan lokasi dan jumlah bilik yang hendak disemak arah qiblatnya.

Bagaimanakah proses permohonan Takwim Waktu Solat Bagi Negeri Sabah untuk tujuan cetakan?

Anda boleh menulis surat permohonan terus kepada kami.

Bolehkah orang ramai turut serta di dalam aktiviti cerapan @ ru’yah anak bulan dan apakah prosedur ?

Boleh dan hanya untuk aktiviti cerapan @ ru’yah anak bulan selain bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Prosedurnya hanya kemukakan surat permohonan dengan menyatakan jumlah rombongan ( tidak melebihi 25 orang ).