Program Jelajah Mufti Seluruh Sabah Siri 3 (Nabawan)

4 dan 5 April 2024 | 24 dan 25 Ramadhan 1445H (Khamis dan Jumaat), Nabawan

 
jmn1
jmn6
 
Pengisian hari pertama, SS Datuk Ustaz Hj. Bungsu @ Aziz bin Hj. Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah menjadi imam solat maghrib, kuliah maghrib, makmum solat isya, serta solat sunat terawih di Surau An-Nur Kg. 2 Ria dan seterusnya menyempurnakan Program Menyantuni golongan Muallaf dengan penyerahan sumbangan kepada 20 orang golongan Muallaf di Kg. 2 Ria, Nabawan.Seterusnya dilanjutkan pada malam hari dengan pengisian Qiamullail di Masjid Al-Hidayah Pekan Nabawan.
 
Pengisian Hari kedua merangkumi Majlis Amanat SS Datuk Ustaz Hj Bungsu @ Aziz bin Hj. Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah Bersama Agensi-Agensi Islam Daerah Nabawan. Turut hadir dalam sesi amanat adalah Tuan Mohd Faezun Bin Jaafar, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Daerah Nabawan , Ustaz Mohd Ikhwan Bin Abd Rashid, Pegawai Tadbir Agama (PTA) Nabawan , Tuan Muhammad Hazali Bin Hadzis Pegawai Tadbir PMNS, wakil agensi-agensi Islam termasuk imam dan guru-guru KAFA, serta beberapa kakitangan Pejabat Mufti Negeri Sabah (PMNS).
 
Program Bicara Mufti yang berobjektif memberi pendedahan bagi pemantapan fahaman Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada masyarakat dan penduduk kampung, menjelaskan fatwa-fatwa negeri Sabah dan Fiqh Sabahi.
 
Perjumpaan ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Batu Punggul Pejabat Daerah Nabawan. Semoga program yang dijalankan mencapai matlamat dan mampu memberi manfaat kepada masyarakat Islam Daerah Nabawan secara keseluruhannya, InshaAllah.
 
 
 
 
 

© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah