BAHAGIAN RUJUKAN FATWA

FUNGSI

  • Mengurus dan menyelenggara pusat sumber pejabat secara sistematik bagi menyediakan kemudahan rujukan kefatwaan dan hukum syarak kepada pegawai serta penyelidik.

  • Mengurus perolehan dan pembelian bahan rujukan sama ada dalam bentuk cetakan, media elektronik, mahupun pangkalan data digital bagi memperkayakan koleksi koleksi ilmiah pejabat.

  • Menyusun, mengklasifikasi, dan mendokumentasikan bahan rujukan berkaitan hukum syarak secara teratur bagi memudahkan carian dan pemeliharaan rekod ilmiah.

  • Merancang dan menerbitkan bahan penerbitan ilmiah untuk penyebaran maklumat kefatwaan kepada masyarakat.

  • Merancang dan melaksanakan pameran kefatwaan, falak, serta maklumat ilmiah sempena program rasmi Jabatan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap fungsi Mufti dan hukum syarak.

  • Menyelaras dan merancang pembangunan serta keperluan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pejabat bagi menyokong digitalisasi perkhidmatan kefatwaan.

  • Mengemas kini, menyelenggara, dan memantau laman web rasmi serta sistem aplikasi pejabat secara berkala bagi memastikan maklumat fatwa dan hukum syarak disampaikan dengan tepat dan sahih.

  • Memantau dan memastikan penguatkuasaan garis panduan, peraturan, serta tatacara keselamatan ICT dipatuhi oleh seluruh warga pejabat bagi menjamin keselamatan data dan infrastruktur maklumat.

MOKTAR BIN DAMAN

Ketua Bahagian Rujukan Fatwa

UNIT PUSAT SUMBER

rosman bin basri

penolong pegawai mufti s5

Ketua unit pusat sumber

mohd fahd ashraffi bin jaafar

pembantu mufti s1

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

MOHD KHAIRUEL SHAH BIN MATJUNI

pembantu tadbir (p/o) n1

Loading