soalan lazim

SOALAN LAZIM (FAQ) PEJABAT MUFTI NEGERI SABAH

Tiada maklumat hasil carian

Q1: Di manakah lokasi pejabat mufti negeri sabah dan bagaimana cara untuk dihubungi
Jawapan:

Pejabat Mufti Negeri Sabah beroperasi di alamat berikut:
Alamat: Tingkat 21, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan Sulaman, Teluk Likas, Beg Berkunci 2070, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
No.Telefon: 088-369335
E-mel Rasmi: aduan.mufti@sabah.gov.my
Waktu Operasi: Isnin - Jumaat (8.00pagi - 5.00petang) I Rehat: 1.00 tengah hari - 2.00petang (Cuti pada Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

Q2: Bagaimana cara masyarakat awam mengemukakan soalan atau kemusykilan hukum agama?
Jawapan:

Masyarakat boleh mengemukakan soalan atau kemusykilan agama secara rasmi melalui:

1. Hadir terus ke Pejabat Mufti Negeri Sabah di Menara Kinabalu.
2. Mengirimkan surat rasmi kepada Mufti Kerajaan Negeri sabah atau e-mel ke Bungsu.jaafar@sabah.gov.my.
3. Menggunakan saluran/borang kemusykilan agama yang disediakandi portal rasmi Pejabat mufti Negeri Sabah.
Q3: Bagaimanakah sesuatu Fatwa dikeluarkan di Negeri Sabah?
Jawapan:

Keputusan fatwa dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negerim Sabah setelah kajian mendalam dilakukan. Setelah diputuskan oleh Majlis Fatwa Negeri Sabah dan mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT), fatwa tersebut akan diwartakan untuk dijadikan panduan dan perundangan rasmi umat islam di Negeri Sabah

Q4. ADAKAH PEJABAT MUFTI MENYEDIKAN PERKHIDMATAN SEMAKAN DAN PENGESAHAN ARAH KIBLAT UNTUK KEDIAMAN ATAU PREMIS
Jawapan:

Ya, Unit Falak, Pejabat Mufti Negeri Sabah menyediakan perkhidmatan pengukuran dan pengesahan arah kiblat bagi premis seperti kediaman, hotel, asrama, dewan, serta premis awam atau swasta. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Semakan Arah Kiblat secara rasmi di pejabat atau memuat turunnya daripada portal rasmi.Permohonan semakan arah kiblat bagi lokasi dibawah kawalan pengurusan agama negeri seperti masjid, surau dan tanah perkuburan hendaklah diajukan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah(JHEAINS).
Q5: BAGAIMANAKAH PENENTUAN AWAL BULAN RAMADAN, SYAWAL, DAN ZULHIJJAH DIJALANKAN DI SABAH?
Jawapan:

Penentuan dilakukan melalui aktiviti pencerapan hilal (anak bulan) di lokasi rasmi cerapan hilal di Negeri sabah dengan mengguna pakai kriteria Imkanur-Rukyah yang diselaraskan bersam Jawatankuasa Teknikal Cerapan Hilal, Jawatankuasa Rukyah Hilal Rasmi dan Majlis Raja-Raja.

Q6: Adakah penceramah atau pengajar agama di Negeri Sabah wajib mempunyai tauliah mengar
Jawapan:

Ya, setiap penceramah atau pengajar agama di Negeri Sabah wajib mempunyai Tauliah Mengajar.

Sila rujuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk urusan permohonan dan maklumat lanjut berkaitan tauliah.

Loading