PROGRAM MUFTI BERSAMA MASYARAKAT

 

 

8-10 November 2022 (Selasa-Khamis) -  Daerah Kecil Tungku, Lahad Datu.

 

 

Pejabat Mufti Sabah telah menganjurkan Program Mufti Bersama Masyarakat yang telah diadakan pada 8-10 November 2022 bertempat di  Daerah Kecil Tungku, Lahad Datu. Terdapat 5 program yang telah dilaksanakan iaitu:

1.   Cerapan Gerhana Bulan Penuh 

2.   Lawatan tinjau ke Titik Paling Timur di Tg Atiam

3.  Muzakarah Fatwa Negeri.

4.  Wacana Pendidikan Fatwā 

5.  Kembara Dakwah ahli Majlis Fatwa Negeri.

Program dimulakan dengan Cerapan bagi Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 8 November di tapak lokasi berhadapan SK. Tanjung Labian. Cerapan dimulakan seawal pukul 5.30 petang dan direkodkan gerhana bulan penuh berakhir tepat pada pukul 8.49 malam. Program diserikan dengan solat sunat gerhana bulan, dan khutbah khas gerhana bulan di Masjid Nurul Haq, Tg. Labian bersama tetamu kehormat lain dan komuniti setempat.
 
Majlis perasmian telah diadakan dan  dirasmikan oleh SF. Dr. Ustaz Mohd Ariffin bin Ali, Ketua Bahagian Fatwa merangkap Pengerusi Program Mufti Bersama Masyarakat mewakili Mufti Kerajaan Negeri Sabah.Majlis turut dihadiri oleh ACP Rohan Shah bin Ahmad (Ketua Polis Daerah Lahad Datu), SS. Dato’ Hj. Yahya bin Ahmad (Mufti Kerajaan Negeri Johor), Ahli-Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah, Tuan Alexander Liew (ADO PD Tungku), En. Khaironi bin Jazuli (Guru Besar SK. Tanjung Labian), Pn. Emma Zulaiha binti Zulkifli (Ketua Pegawai Eksekutif Dark Sky Malaysia) dan beberapa tetamu kehormat dan pegawai falak yang turut hadir bagi tujuan cerapan dari negeri Johor, Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang.

 

GERHANA1GERHANA2

 
 
 Pada 9 November 2022, seramai 8 orang Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah termasuk SS Datuk Ustaz Hj. Bungsu @ Aziz bin Hj. Jaafar (Mufti Kerajaan Negeri Sabah) dan Datuk Norasiah binti Mohd Yusof (Peguam Besar Negeri Sabah) telah mengikuti rombongan lawatan ke titik rujukan paling timur Malaysia, Tanjung Atiam terletak di Tambisan, Tungku, Lahad Datu bersama Pasukan Falak dan beberapa agensi lain iaitu Dark Sky Malaysia dan Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia Sabah. Sekalung penghargaan turut diberikan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia Daerah Tungku dan Lahad Datu yang sudi mengiringi rombongan khas ini.
TgA2
TgA1
 
 
 

Program diteruskan lagi dengan Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil.3/2022 pada 9-10 November 2022 (Rabu-Khamis) bertempat di Felda Residence Sahabat, Tungku, Lahad Datu

Di antara kertas kerja yang telah dibincangkan dalam muzakarah tersebut adalah :-

  1. Hukum Orang Islam menghadiri Majlis Perkahwinan Orang Bukan Islam.
  2. Hukum Orang Islam Menyambut Halloween.
  3. Hukum Orang Islam Menyertai Gotong Royong di Pusat Ibadat Orang Bukan Islam.
  4. Ajaran Ma"rif'at oleh Ismail bin Ariffin @ Lepat.
MFNS32
MFNS31

 

Pada 10 November 2022, Program Wacana Pendidikan Fatwa telah diadakan bertempat di Felda Residence Sahabat, Tungku, Lahad Datu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyebar dan menjelaskan fatwa-fatwa negeri yang berkaitan di samping dapat memantapkan akidah umat Islam yang benar selari dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Secara tidak langsung, program ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara pegawai di Pejabat ini dengan masyarakat Islam setempat.

wacana2wacana3

 

 

 Pada 10 November 2022, Program Kembara Dakwah Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah telah diadakan di beberapa buah masjid sekitar Daerah Tungku dan Felda Sahabat  dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Pengisian program adalah Kuliah Maghrib di masjid-masjid berikut:

1. Masjid al-Huda, Bandar Sahabat (SS Mufti Kerajaan Negeri Sabah)

2. Masjid Jamek Ubudiyyah Desa Kencana (Ust Hamdani Omar)

3. Masjid Nurul Iman, Cenderawasih (Ust Hj. Muchlish Sitanggang Ali Kassim)

KD2KD3KD4

 

Program Mufti Bersama Masyarakat di Daerah Kecil Tungku, Lahad Datu dengan Majlis Makan Malam Apresiasi Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah pada malam 10 November 2022. Majlis dihadiri oleh  Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah serta semua urus setia Program Mufti Bersama Masyarakat di Daerah Kecil Tungku, Lahad Datu. Majlis diserikan lagi dengan ucapan SS Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan penyampaian cenderahati kepada Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah.Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan

MM5

APRESIASI MAKAN MALAMProgram diakhiri pada malam 10 November 2022 dengan Majlis Makan Malam Apresiasi Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah yang telah dihadiri oleh Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah dan Semua Urus Setia Program Mufti Bersama Masyarakat 2022 di Daerah Kecil Tungku, Lahad Datu.


© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah