PROGRAM RETREAT DAN MAJLIS AMANAT MUFTI NEGERI SABAH

 

 

 

1-2 Februari 2023 (Rabu-Khamis), Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

 

 
 
 
Pejabat Mufti Negeri Sabah telah melaksanakan Program Retreat dan Majlis Amanat Mufti Negeri Sabah bertempat di Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu.Pelbagai slot aktiviti dan ceramah telah diletakkan di dalam pengisian program sebagai langkah Pejabat Mufti Negeri Sabah menambahbaik tadbir urus serta pengurusan perkhidmatan kepada seluruh masyarakat Islam khususnya di negeri Sabah.
RETREAT1
 
 
Antara penceramah jemputan yang telah hadir bagi pengisian program adalah SS Datu Hj. Kipli bin Hj. Yassin (Mufti Sarawak), SS Ustaz Jamali bin Mohd Adnan (Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan), Ustaz Hj. Hardi bin Mohamad Sadali (Ketua Bahagian Falak Jabatan Mufti Selangor), Puan Siti Hafsah binti Adenan (Pegawai Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah), Encik Mohd Asril bin Sharil (Pegawai Bahagian Integriti dan Governans, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah).
RETREAT4
RETREAT9
RETREAT12
RETREAT14
RETREAT16
 
 
Manakala Majlis Amanat Mufti turut dihadiri oleh barisan Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah pada petang 2hb Februari 2023.
RETREAT22
RETREAT23

© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah