PROGRAM JELAJAH MUFTI SELURUH SABAH SIRI 2 (SEMPORNA)

29  Februari dan 1 Mac 2024 | 19 dan 20 Syaaban 1445H (Khamis dan Jumaat)-Semporna

Pengisian Hari 1 yang pertama merangkumi Majlis Amanat SS Ustaz Bungsu @ Aziz bin Hj. Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah Bersama Agensi-Agensi Islam Daerah Semporna. Turut hadir dalam sesi amanat adalah Penolong Pegawai Daerah (ADO) Semporna, Tuan Hafizul Hafiz, Pegawai Tadbir Agama (PTA) Semporna, Al Fadhil Ustaz Mohd Jeffery Hamad, Pegawai Tadbir PMNS, Tuan Muhammad Hazali bin Hadzis, wakil agensi-agensi Islam termasuk imam dan guru-guru KAFA, serta beberapa kakitangan Pejabat Mufti Negeri Sabah (PMNS).
 
jms18
 
Pengisian kedua dilanjutkan dengan program Bicara Mufti yang berobjektif memberi pendedahan bagi pemantapan fahaman Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada masyarakat dan penduduk kampung, menjelaskan fatwa-fatwa negeri Sabah dan Fiqh Sabahi. Program dijalankan di Masjid Zul Rahman, Kampung Berjasa, Pulau Bum Bum sekaligus Solat Maghrib dan Isyak berjemaah.
jms40

 

Pengisian Hari 2 yang pertama, SS Ustaz Hj. Bungsu @ Aziz bin Hj. Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah menjadi khatib solat Jumaat di Masjid Zul Rahman, Kg. Berjasa, Pulau Bum Bum sebelum merasmikan dan seterusnya menyempurnakan Program Menyantuni Asnaf dengan penyerahan sumbangan kepada 40 orang golongan asnaf di Kg. Berjasa.
jms48
 
Pengisian kedua dilanjutkan pada malam hari dengan pengisian Forum Khas bersama Mufti Kerajaan Negeri Sabah sempena Karnival Keusahawanan Siri 6 anjuran Kelab Skuad Kapten Semporna bertempat di Dataran Lepa.
Semoga semua pengisian program yang dimuatkan sepanjang Jelajah Mufti Siri 2 mencapai matlamat dan mampu memberi manfaat kepada masyarakat daerah Semporna secara keseluruhannya, insha allah.
jms60

© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah