PELANCARAN MAJLIS RUKYAH HILAL RASMI (RAMADHAN, SYAWWAL DAN ZULHIJJAH) 1445H/2024M

10 Mac 2024 / 29 Sya'aban 1445H (Ahad)- Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Putatan.
  
HR4
 HR29
HR7
 
Pelancaran Majlis Rukyah Hilal Rasmi (Ramadhan, Syawwal dan Zulhijjah) 1445H/2024M telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri Sabah III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah bertempat di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Putatan.

Selanjutnya majlis diteruskan dengan Rukyah Hilal Rasmi Ramadhan 1445H/2024M bagi Negeri Sabah. Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Sabah diketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SS Datuk Ustaz Hj. Bungsu @ Aziz Bin Hj. Jaafar selaku Pengerusi Jawatankuasa.

Majlis turut dihadiri oleh tetamu kehormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk Dr. Hj. Mohd Arifin bin Datuk Hj. Mohd Arif, dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Haji Ruslan Muharram.

© 2018 - 2024 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah