Program Daurah Dan Lawatan Falak ini adalah Ke Semarang, Yogyakarta Dan Bandung, Indonesia pada 18 – 24 Ogos 2019 bersamaan 17 – 23 Zulhijjah 1440H melibatkan Universiti Islam Negeri Wali Songo, Semarang, Indonesia, Pondok Pesantren Life Skill Darun Najah, Semarang, Indonesia, Universiti Islam Indonesia, Yogyakarta, Indonesia, Pengkajian Dan Pengembangan Ilmu Falak Rukyatul Hilal Indonesia, Yogyakarta, Indonesia, Bosccha Planetarium Lembang,Bandung, Indonesia dan Imah Noong Observatorium, Bandung, Indonesia.
Program ini telah disertai Pegawai Falak dari semua Jabatan-jabatan Mufti dan Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Perak dan beberapa individu persendirian dengan diurusetiakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak.
Bagi negeri Sabah, yang diwakili oleh Ust. Mohd. Jumat Bin Abd. Razak dan Ust. Rosman Bin Basri, Bahagian Falak Pejabat Mufti Negeri Sabah
Objektif penganjuran kursus antaranya berkongsi isu-isu semasa dan terkini dalam perbahasan ilmu falak, memperkenalkan tokoh-tokoh ilmuan falak nusantara setempat, menjadi wadah pertukaran maklumat mengenai kaedah-kaedah falak tradisional dalam budaya dan meningkatkan kerjasama antara dua institusi (negara) dalam pembudayaan ilmu falak.