DAURAH HUKUM FIQH 2020: FIQH WANITA SIRI IV

Program Daurah Hukum Fiqh: Fiqh Wanita siri IV pada 22 hingga 24 Julai 2020 bersamaan 1 hingga 3 Zulhijjah 1441H anjuran Bahagian Fatwa Pejabat Mufti Negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya. Daurah ini dibimbing oleh Syeikh al-Hadith Maulana Mansoor bin Ismail al-Hafiz, bertempat di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Program ini merupakan kesinambungan daripada Daurah Fiqh Wanita yang  telah diadakan pada tahun 2019 yang lalu.

Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada masyarakat awam, institusi kerajaan dan swasta termasuklah para pelajar dari pelbagai peringkat daerah telah menghadiri program ini. Kebanyakkan peserta merupakan peserta yang mengikuti Daurah fiqh sejak siri pertama lagi menunjukkan minat yang mendalam mengenai fiqh wanita yang telah diketengahkan.

Dalam ucapan perasmian, SF Ustaz Hamdani Omar, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah telah meletakkan harapan supaya segala objektif dan tujuan program daurah selama tiga hari itu dapat memupuk kesedaran masyarakat Islam tentang kepentingan pengetahuan fiqh wanita, dapat beramal sesuai dengan tuntutan beribadah dengan yakin berpandukan kefahaman ilmu yang betul.


© 2018 - 2020 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Negeri Sabah. Hakcipta Terpelihara. Designed by Pusat ICT Sabah