29 Disember 2021 - Rabu - Hotel Promenade , Kota Kinabalu.
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah telah diadakan pada 29 Disember 2021 (Rabu) bertempat di Bilik Orkid , Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Muzakarah diserikan lagi dengan kehadiran Puan Siti Hafsah binti Adenan (Wakil Peguam Besar Negeri Sabah) dan Dr. Sarip bin Adul dari Universiti Malaysia Sabah (pembentang).
Di antara kertas kerja yang telah dibincangkan dalam muzakarah tersebut adalah :-
- Hukum Penggunaan Vaksin Covid-19
- Hukum Kebersihan Pakaian Bernajis Menggunakan Mesin Basuh
- Laporan Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT)
- Hukum Solat Jumaat Bagi Tahanan atau Orang yang Diselia (ODS) di Pusat Reintegrasi Penghuni Tuaran, Jabatan Penjara Malaysia.
- Hukum Menggunakan Perkakas Bukan Islam