17 Januari 2022 (Isnin) - ILIM Kampus Kundasang, Kundasang, Ranau.
Bahagian Falak Pejabat Mufti Negeri Sabah (PMNS) dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kundasang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Ranau telah mengadakan Program Falak Bersama Masyarakat Siri 1 yang telah diadakan di Kundasang, Ranau, Sabah
Program ini telah berjalan selama 3 hari bermula pada 15 sehingga 17 Januari 2022 bertujuan untuk meluaskan lagi pengetahuan masyarakat terhadap ilmu falak dengan melaksanakan cerapan terbuka untuk tatapan masyarakat Kundasang. Selain itu, program juga diselangi dengan pengisian Program Bicara Bersama Mufti di Masjid Jamek Kundasang pada hari pertama (15 Januari 2022), Kuliah Maghrib Bersama SF Ustaz Dr. Ahmad Zaky (Ketua Penolong Mufti WP Cawangan Labuan) di Masjid Al-Hikmah, Mesilou, Kundasang pada hari kedua (16 Januari 2022), dan beberapa siri perbincangan sepanjang 3 hari bagi persediaan Program Falak yang akan datang pada Siri ke-2 dan 3 kelak.
Pada 17 Januari 2022, Majlis Penutupan Ringkas Program Falak Bersama Masyarakat telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang. Majlis ditutup dengan penangguhan Program Falak Siri 1 oleh Ketua Bahagian Falak PMNS, Ustaz Mohd Jumat Bin Abd. Razak. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Tuan Ustaz Shamsuri Bin Ghazali Pengarah ILIM Kampus Kundasang dan beberapa kakitangan yang lain.