10 Jun 2022 (Jumaat), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Menara Kinabalu.
SS Datuk Ustaz Hj Bungsu @ Aziz Bin Hj Jaafar (Mufti Kerajaan Negeri Sabah) dan Tuan Md Hazali Bin Hadzis(Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan) telah berkunjung ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Menara Kinabalu.
Rombongan yang disambut oleh Tuan Ramlee Kariah (Timbalan Ketua Pengarah), Puan Aidah Awang (Pengarah Perkhidmatan) Puan Diana Daria Amit (Pengarah BPO) telah membincangkan mengenai penstrukturan organisasi dan usaha-usaha memartabatkan Pejabat Mufti Negeri Sabah.