Program Wacana Pendidikan Fatwa telah berjaya diadakan sebanyak 2 kali pada tahun ini iaitu bertempat di Dewan Mini, Pejabat Daerah Pitas pada 21 Mac 2019 dan Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau pada 19 September 2019.
Pejabat Mufti Negeri Sabah telah menganjurkan program ini dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, di daerah-daerah yang terlibat. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyebar dan menjelaskan fatwa-fatwa negeri yang berkaitan di samping dapat memantapkan akidah umat Islam yang benar selari dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Secara tidak langsung, program ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara pegawai di Pejabat ini dengan masyarakat Islam di daerah-daerah tersebut.
Terdapat dua kertas kerja yang telah dibentangkan oleh beberapa penceramah jemputan dalam wacana ini, diantara penceramah jemputan tersebut ialah Dr. Aizam Mas’ud dan Ustaz Razif Mohd Fuad dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan serta Ustaz Abdul Razak Hamdin, Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah .