10 Januari 2022 - Isnin - Pejabat Mufti Negeri Sabah , Menara Kinabalu , Kota Kinabalu.
Delegasi Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang diketuai oleh oleh Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi bersama barisan pengurusan tertinggi Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Negeri Sabah bertempat di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu. Dalam kunjungan hormat ini, pihak delegasi telah bertemu SS Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan beberapa orang pegawai kanan Pejabat Mufti Negeri Sabah antara lain bagi membincangkan agenda kerjasama yang dapat memberikan manfaat kepada kedua belah pihak serta mengukuhkan ukhwah di antara Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Pejabat Mufti Negeri Sabah (PMNS).